Oleh Carmen Monteiro
Terjemahan A. M. T.
Ramai pembaca tegar pada satu masanya, atau pada ketika yang lain ingat bahawa satu buah fikiran dari sebuah buku itu kemungkinannnya boleh dijadikan sebagai barang jualan yang hebat. Namun, fikiran tentang perancangan penulisan buku serta meyakinkan penerbit yang bereputasi tinggi nampaknya boleh jadi sesuatu yang meletihkan.
Walau bagaimanapun, segalanya itu berbaloi dengan pelaburan masa dan kerja keras yang dikerahkan. Membuka penerbitan sendiri di rumah pastinya akan memerlukan sedikit usaha. Dengan rumah-rumah penerbitan tradisional mula hilang dari pandangan mata kerana kaedah penerbitan yang alternatif, misalnya kaedah cetakan apabila terdapat permintaan sahaja, maka penerbitan sendiri di rumah boleh memenuhi permintaan di pasaran yang baru sahaja berkembang ini.
Langkah-Langkah
1. Drafkan perancangan awalan untuk tindakan dan pelan bisnes yang mudah difahami tentang bagaimana kerja anda akan dimulakan. Gariskan matlamat dan tujuan anda serta berikan satu gambaran tentang syarikat anda. Masukkan juga bahagian strategi kewangan dan jangkaan-jangkaan mengenai bisnes anda, pelan pemasaran, letak harga dan sumber-sumber untuk usaha penerbitan anda sendiri. Guna pelan tersebut sebagai senarai periksa bagi semua benda yang diperlukan anda untuk terus berada di landasan tersebut.
2. Dapatkan lesen perniagaan dan permit di majlis perbandaran anda menurut kepada perundangan di negeri atau negara anda. Pilih nama bagi bisnes anda dan daftar perniagaan anda. Contohnya, sebagai satu-satunya pemilik perniagaan, liabiliti terhad syarikat atau perbadanan. Dapatkan lesen perniagaan dari negeri anda dan masukkan sekali permit-permit bandaran. Periksa perundangan zon tertentu dalam kawasan anda jika anda bercadang untuk bertemu dengan penulis-penulis berpotensi, pengedar buku atau pun klien-klien di syarikat penerbitan rumah anda.
3. Beli barang kelengkapan, perisian dan bekalan-bekalan bagi memulakan syarikat penerbitan baru anda. Pilih kelengkapan komputer yang akan menyediakan memori mencukupi untuk anda, ruangan pemacu keras dan kelajuan internet yang sesuai. Pasang juga perisian memproses kata, layout muka surat dan perisian rekabentuk grafik dan program-program komputer yang akan membantu anda untuk menjalankan tugasan seperti merekacipta logo syarikat, simpanan buku, invois dan gaji. Beli seblok Nombor-Nombor Buku Piawaian Antarabangsa dan gunapakai pada buku terbitan anda.
4. Pilih pembekal perkhidmatan internet bagi menjalan tugasan atas talian anda. Pilihlah talian internet yang berkelajuan tinggi dengan penyokong tenaga bagi memastikan anda boleh menghantar atau menerima teks-teks berukuran besar dan fail-fail bergrafik. Langkah ini penting dalam kemampuan anda untuk menyebar melalui File Transfer Protokol kepada pencetak, peruncit dan penulis buku semasa proses menerbitkan bahan.
5. Rekrutlah pekerja menerusi laman-laman orang mengambil upah bebas secara talian. Buat kontrak dengan kakitangan sokongan yang berkelayakan yang anda perlukan bagi menghasilkan produk berkualiti di syarikat penerbitan rumah anda. Antaranya seperti, penulis, penyunting, pembaca proof, pereka grafik dan orang-orang yang terlibat dalam jualan dan pemasaran. Mengkontrakkan perkhidmatan-perkhidmatan ini dari awal boleh mengurangkan modal permulaan dan juga membolehkan anda bergerak sebagai penerbit penuh.
6. Kenalpasti pencetak-pencetak untuk menjalankan kerja-kerja mencetak lot yang kecil atau besar. Seeloknya anda kena ada beberapa jenis pencetak bagi memenuhi keperluan mencetak yang pelbagai. Sesetengah pencetak membekalkan kadar terbaik dengan kuantiti cetakan banyak sementara yang lain tiada kelengkapan untuk membuat ikatan buku yang khas. Mesin cetak pelbagai jenis yang dihubungkan sesama sendiri memudahkan anda memilih untuk mencetak buku-buku pelbagai ukuran.
7. Dapatkan tajuk-tajuk dari para penulis. Poskan minat anda untuk tajuk-tajuk baru di laman sesawang penulis bebas, dari kolej-kolej, kedai buku atau kelab-kelab kesusasteraan. Lihat genre dari tajuk yang anda ingin terbitkan dulu, misalnya genre fiksyen, bukan fiksyen, keagamaan atau pun biografi. Pastikan anda mempunyai beberapa orang pengulas buku bagi membantu anda membaca manuskrip-manuskrip yang dihantar dan pilihlah yang memenuhi kriteria yang ditetapkan anda untuk penerbitan anda.
Tips
1. Bersedia buat borang 1099 untuk pekerja kontrak anda setiap hujung tahun.
2. Sediakan piawaian gaya untuk syarikat penerbitan anda bagi keselarasan.
3. Ingat jangan lupa mendaftar buku-buku terbitan anda dengan Pejabat Hak Cipta di negara anda.
4. Upah penulis bebas untuk menulis buku yang anda ingin terbitkan bagi syarikat anda.
Amaran
1. Minta penulis bebas anda tandatangani mou berkaitan plagiat dan meletakkan rujukan menurut sistem yang ada.
2. Periksa semua manuskrip menerusi laman sesawang yang mengesan plagiat sebelum menerimanya daripada penulis atau penulis bebas.
No comments:
Post a Comment