Apakah maksud "roast"?
Sebagaimana yang kita sedia maklum roast bermaksud memanggang dalam bahasa Melayu.
Namun di Amerika Syarikat istilah "roast" juga merujuk kepada perbuatan mempersenda,
mengejek, mencemuh secara berjenaka sesama sendiri berdasarkan penampilan diri, perbuatan dan kelakuan seorang.
http://www.thefreedictionary.com/roastroast (rst)
v. roast·ed, roast·ing, roastsv.tr.1. To cook with dry heat, as in an oven or near hot coals.2. To dry, brown, or parch by exposing to heat.3. To expose to great or excessive heat.4. Metallurgy To heat (ores) in a furnace in order to dehydrate, purify, or oxidize before smelting.5. Informala. To ridicule or criticize harshly.b. To honor at or subject to a roast.
Di saluran Comedy Central terdapat sebuah rancangan yang dinamakan
Comedy Central Roast yang mana seorang selebriti akan dipanggil untuk duduk di atas kerusi di atas pentas dan beliau akan menerima kutukan, ejekan, penghormatan secara jenaka (insult jokes) dari rakan-rakannya seorang demi seorang dan disaksikan oleh penonton. Kutukan ejekan atau "roast" yang diterima ada yang benar dan rekaan semata-semata.
Hos bagi rancangan ini dikenali sebagai "roastmaster". Antara selebriti yang pernah kena "roast" adalah Pamela Anderson, Donald Trump, Charlie Sheen, David Hasselhoff dan lain-lain. Acara roast ini sangat lucu, banyak jenaka lucah, carut-marut dan kutukan yang sangat kejam.hihi.
Orang yg kena roast itu pula amat sporting, tidak cepat sentap dan hanya tersenyum dan ketawa bila dikutuk tanpa belas kasihan. Beliau juga berpeluang mengutuk kembali orang2 lain yang mengutuknya pada akhirnya. Kalau nak marah dan butthurt bila menerima jenaka yang menghina apa guna bersetuju untuk di "roast" to begin with, kerana memang itu tujuan acara "roast" ini.
Ini adalah video clip dari Comedy Central Roast of Pamela Anderson. Greg Graldo (RIP) sedang "roast" Pamela Anderson. Sungguh lucu, beliau antara roaster kegemaran saya selain Queen of Mean" Lisa Lampanelli dan "Roast Master General" Jeff Ross...
I Only Roast the Ones I Love is ~ Jeff Ross
No comments:
Post a Comment