Ubat Gigi untuk Makan Malam
Lucu rasanya apabila anda sedang bekerja, anda mungkin akan terfikir tentang betapa seronoknya kalau dapat tidur, duduk di rumah dan buat segala benda yang diingini kecualilah kalau anda bekerja dalam bidang yang diminati dan disukai. Sudah tentu, apabila ini menjadi satu hakikat mesti seronok seperti yang dibayangkan anda bukan? Pastinya, seminggu atau dua minggu anda tak bekerja itu adalah sesuatu yang menyeronokkan. Waktu itu, anda bangun lewat waktu pagi atau bangun tengah hari, mungkin berjalan-jalan sebentar ambil angin di luar apabila tiada orang sebab mereka keluar bekerja atau menonton semua rancangan televisyen atau bermain permainan video yang anda tertinggal sebelum ini.
Bermula minggu yang ketiga, anda akan mula terasa bosan sedikit. Anda mula cuba untuk menyesuaikan ritma tidur anda menurut kepada hidupan liar yang berkeliaran waktu malam, dengan jayanya mengasingkan diri anda daripada perhubungan bermakna sesama manusia, dan mula tak tahu hendak buat apa lagi selain daripada merenung wajah anda sendiri di cermin sehingga anda berasa hairan jika wajah yang anda tenung itu adalah wajah anda sendiri. Tapi jangan risau, ada banyak kegiatan yang boleh menghiburkan diri anda, yang setengahnya akan saya liputi sekarang.
1. Cari Pekerjaan
Baiklah anda boleh benci saya sementara saya menunjukkan dengan jelas kepada anda apa yang tersurat, tapi hal ini mungkin perkara yang patut anda perbuat. Sebahagian sebabnya saya menyenaraikan perkara ini adalah untuk cuba meyakinkan diri saya supaya cuba berbuat perkara yang sama. Saya umumnya lebih cenderung untuk menggunakan strategi "jika saya fikir tentang nak mendapatkan kerja itu pasti mengambil masa yang lama, mungkin seseorang itu akan menawarkan saya kerja". Anda mungkin benar jika menduga bahawa hal ini tidak akan berjaya. Tidak, sebenarnya mendapatkan lebih banyak kerja melibatkan penambahbaikan kepada resume anda. Mungkin dengan menipu sedikit, anda boleh memeriksa secara berkala senarai kerja dan meletakkan diri anda di situ. Ia memang mimpi yang ngeri yang memerlukan anda untuk mencari jalan keluar lain bagi mengelakkan anda gila.
2. Menunggu Ketibaan Kiriman Pos
Tak lah hebat sangat jika posmen anda sebenarnya datang waktu pagi semasa anda masih lagi terbongkang di katil, tambah menyakitkan hati lagi jika anda tinggal seorang dan tak dapat banyak kiriman pos pun. Mujurlah saya tinggal dengan orang lain dan posmen saya selalu datang waktu tengah hari. Jika anda jenis yang suka mencatatkan masa mesti anda akan perasan tentang hal sebegini. Anda tidak akan boleh duduk diam sahaja tanpa menyelongkar kotak surat dan memeriksa segala surat-surat sampah yang mungkin boleh membuatkan anda berasa sedikit berguna jika dibandingkan dengan kucing, yang selalu menyelongkar barang tapi tapi tak ada jari telunjuk untuk mengira surat.
3. Melancap
Saya tidak akan berpura-pura yang saya tahu apa yang para gadis seperti anda buat, tapi jika kamu seorang lelaki dengan banyak masa lapang di rumah bersendirian, mungkin kamu akan menghabiskan masa kamu secara munasabah dengan berkenalan semula dengan cik puan tapak tangan dan lima orang anak gadisnya yang baik-baik itu. Sudah tentu, hal ini akan terjadi secara semulajadi makanya ia tak perlu disenaraikan pun. Tip: Jika anda berkongsi rumah dengan yang lain, tutup perkara yang membuatkan anda disyaki melancap dengan berpura-pura menggunakan tisu sebab demam selesema.
4. Buang Barang
Kita semua mempunyai almari di bahagian-bahagian rumah yang kadang-kadang dipenuhi dengan segala mak nenek sampah yang kita mungkin tak akan guna lagi atau pun dah tak mahu. Sekarang dah kalau anda tiada benda yang lebih baik nak dibuat, anda boleh lah selongkar barang-barang tak guna anda dan buang. Mungkin yang berharga tu anda boleh eBay kan, asalkan anda tidak terjerut dan mula berbelanja lebih dengan wang yang anda tak ada. Jika banyak sampah yang anda temui, anda mungkin akan sedari bahawa rumah anda sebenarnya lebih besar daripada yang anda sangkakan sebelum anda mula menyelongkar.
5. Spotify
Saya terpaksa meminta maaf sebelum itu kepada sesiapa yang tak pernah dengar tentang hal ini lagi. Spotify ini adalah sejenis perkhidmatan aliran muzik kecil yang membolehkan anda mendengar sebarang landasan lagu yang anda fikir untuk cari. OK, itu mungkin sesuatu yang berlebih-lebih dan ada juga pengecualian. Kualitinya bagus dan iklan-iklan pada versi percumanya tak begitu mengganggu. Anda patutnya mampu untuk mengambil masaa sehari dua sambil membuat senarai perkara-perkara yang anda rasa segan atau malu untuk dimuat turun dari landasan bitorrent kegemaran anda.
6. DIY
Maksud benda ini sebenarnya apa? Memasang rak-rak kah? Memperbaiki paip bocor? Memasang lantai bilik air semula? Jadinya, sekarang ini anda sudah mempunyai banyak masa terluang untuk membuat kerja sekeliling rumah anda yang sebelum ini anda tak dapat lakukan atau cuba elakkan untuk buat. Jika anda bukan jenis orang yang membuat perkara amali, maka ada baiknya jika anda cuba buat seperti berikut pula....
7. Membersih
Kebanyakan masa anda adalah di rumah, jadi anda mungkin boleh ambil sedikit masa dengan menyedut habuk dengan penyedut hampagas, menyusun periuk-periuk, membersihkan tingkap, mengelap lantai dapur dan mengilatkan perhiasan perak anda jika ada. Membersihkan juga merupakan satu keperluan apabila kebanyakan masa anda di rumah dapat dihabiskan dengan berada dalam pelbagai kedudukan sekitar rumah, menjatuhkan kulit mati dan mengibaskan serbuk-serbuk dari segala makanan waktu bosan.
8. Elakkan Bagi Makan Kucing
Haiwan peliharaan selalunya yang menikmati keadaan berumah mereka waktu siang kini akan cuba mendekati anda untuk mendapatkan makanan. Ia mungkin bergantung kepada tabiat menunjukkan kasih sayang secara jelas, menyondol-nyondol kepalanya di pintu sehingga anda terpaksa melepaskannya masuk kerana terganggu dan kemudian ia akan menyebabkan barang-barang dalam rumah anda berterabur. Mungkin anda akan mengomel pula macam mak nenek tapi selalunya matlamat haiwan peliharaan memang begitu. Apabila anda menjelaskan kepadanya bahawa makanan akan disediakan pada jam enam petang setiap hari dan sepatutnya ia sudah faham namun untuk beberapa sebab ia tak berjalan lancar pula. Pada waktu itu, anda mungkin tersedar bahawa anda menghabiskan terlalu banyak masa di dalam rumah dan mula bercakap dengan haiwan.
9. Bela Janggut
Agak mudah jika anda seorang lelai kerana ia melibatkan tidak bercukur. Ambil peluang ketika anda tiada rakan sekerja dengan menerokai kemungkinan bagaimana rupa anda apabila tumbuh janggut. Bagi wanita mungkin agak susah dan tidak disarankan langsung.
Semestinya, ada juga perkara-perkara yang mesti dielakkan dalam apa jua keadan apabila anda bosan dan tak ada kerja.... Antaranya termasuklah:
Tonton televisyen waktu siang: Macam tahi sahaja semasa anda masih lagi pelajar, tak pernah ada penambahbaikan langsung sejak itu.
Bercakap dengan jiran: Mungkin bukan idea yang baik, tapi ia juga bukan benar-benar menarik seperti yang anda bayangkan. Anda bukan hidup dalam cerekarama ya.
Bercakap sendirian: Yang ini anda elok simpan untuk blog anda sahaja.
Sumber: Blog Profoundnonsense
No comments:
Post a Comment