Showing posts with label terjemahan. Show all posts
Showing posts with label terjemahan. Show all posts

Monday, April 1, 2013

Minutemen

Oleh Abdullah M. Tannaim
 

Minutemen merupakan sebuah filem tayangan saluran Disney yang berbentuk cereka sains. Ia ditayangkan pada tahun 2008 dan merupakan rancangan di kabel yang paling banyak ditonton untuk seminggu iaitu seramai 6.48 juta penonton.

Filem ini ditulis oleh John Killoran (penulisan dan wayang televisyen). David Diamond dan David Weissman menulis jalan cerita. Pengarahnya pula Lev L. Spiro yang menerima pencalonan Director Guild untuk Pencapaian Menakjubkan dalam Rancangan Kanak-Kanak. Pengeluar eksekutif filem ini pula adalah Andrew Gunn, Ann Marie Sanderlin dan Doug Sloan. Filem ini pada asalnya dicadangkan untuk dilepaskan pada bulan Mac 2008, tapi tayangan pertamanya di saluran Disney di Amerika Syarikat adalah pada 25 Januari 2008.

Jalan Cerita

Pada hari pertama di sekolah tinggi, tiga sahabat baik iaitu Virgil Fox, Derek Beaugard dan Stephanie Jameson membuat keputusan untuk memilih jalan hidup di sekolah baru dengan pelbagai kegiatan. Derek menyertai pasukan ragbi sekolah manakala Stephanie menyertai pasukan sorak sekolah. Kehidupan sebagai pelajar sekolah tinggi bagi Virgil pula sebaliknya tidak berjaya. 

Charlie Tuttle pula adalah seorang pelajar genius yang telah melompat banyak gred persekolahan. Dia mencipta sebuah kereta roket. Semasa memandu uji kereta roket tersebut, dia kehilangan kawalan sehinggalah Derek membaling bola ragbi ke arahnya dan menyebabkannya terjatuh. Virgil mempertahan Charlie sementara Derek hanya duduk di belakang kumpulan senior yang memperolok-olokkan Charlie. Kedua-dua Virgil dan Charlie dipaksa berpakaian seperti gadis pasukan penyorak bola ragbi dan digantung di tanduk maskot sekolah iaitu patung seekor kambing biri-biri bertanduk besar. 

Tiga tahun kemudian, walaupun sudah memasuki tahun senior, Virgil dan Charlie masih lagi termasuk dalam kumpulan pelajar-pelajar terbuang. Charlie memaklumkan Virgil bahawa dia telah mencipta sebuah mesin masa. Disebabkan mereka tidak tahu cara membina mesin masa tersebut, maka mereka meminta pertolongan Zeke yang berminat dengan kerja-kerja bengkel. Apabila selesai dibina, Virgil yang masih lagi berasa sesal dengan kejadian yang menimpanya pada tahun satu ingin menggunakan mesin tersebut untuk kembali ke masa silam dan mengelakkan dirinya dimalukan oleh rakan-rakan sekolah mereka. Mereka memeriksa mesin tersebut dengan cuba memenangi tiket loteri.     

Jeannette membantu tiga sekawan tersebut untuk menyelamatkan mereka yang terbuang daripada dimalukan di sekolah tersebut. Jeannette membekalkan mereka dengan pakaian bermain salji berwarna putih untuk dipakai bagi menyembunyikan identiti mereka semasa mereka mengembara merentasi masa. Timbalan pengetua sekolah cuba untuk menghentikan "Budak-Budak Baju Sejuk". Nama ini merupakan panggilan pelajar-pelajar lain di sekolah kepada mereka.

Selepas "Budak-Budak Baju Sejuk" dinamakan sebagai wira sekolah, mereka menyelamatkan Stephanie daripada terjatuh semasa membentuk piramid pasukan penyorak. Stephanie yang menyedari bahawa Virgil yang menyelamatkannya maka peluang Virgil untuk mendampingi pelajar popular di sekolah pun terbuka. Mesin merentas masa tersebut mula menimbulkan kesan buruk. Pelajar terbuang pula merasakan bahawa mereka menyukai keadaan tersebut dan mula berubah menjadi bongkak. Virgil meninggalkan Charlie dan Zeke. Dalam masa yang sama, Stephanie mendapat tahu bahawa Derek berbohong dan mengorat gadis lain di belakangnya. Derek juga berpura-pura berkawan dengan Virgil untuk memintanya mengubah segala yang berlaku dengan mesin merentas masa itu.

Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) tiba di pekan tersebut selepas mendapat laporan bahawa ada kegiatan yang haram terjadi di pekan itu. Selepas berbincang dengan saintis kerajaan, Charlie mendapati bahawa mesin tersebut mencetuskan lohong hitam. Didapati bahawa mereka cuma ada empat jam sahaja untuk hidup. Jadi tiga sekawan itu bercadang untuk masuk ke lohong hitam yang terbentuk di padang sekolah dan menutupnya. Sebaik sahaja mereka memasuki lohong hitam itu, mereka dibawa pulang ke hari pertama mereka di sekolah tinggi sebagai pelajar junior.

Virgil ternampak kejadian dia dan Charlie dibuli dan ingin mengubahnya. Tapi, dia disedarkan oleh Charlie dan Zeke bahawa mereka menjadi kawan selepas semua yang mereka lalui. Sebelum Virgil kembali mengejar Charlie dan Zeke, dia ternampak Derek berada di belakang kumpulan pelajar senior dan langsung tidak cuba menghentikan kejadian buli tersebut. Sebaliknya dia lah yang mencadangkan supaya Charlie dan Virgil dimekap seperti gadis pasukan penyorak sekolah.

Mereka berjaya menutup lohong hitam tersebut dan kembali ke hari pertama mereka mencuba mesin merentas masa itu. Segalanya kembali seperti asalnya dan Virgil mengakui bahawa dia ada hati dengan Stephanie. Stephanie juga sebenarnya suka kepada Virgil. Virgil bertukar-tukar kutukan selepas menyedari bahawa Derek sebenarnya seorang yang teruk. Semasa Virgil dan Stephanie berpelukan, Charlie datang dari lambakan buku-buku dan dengan ghairahnya mencadangkan idea terbarunya iaitu teleportation pula. Kali ini, Virgil dan Zeke tidak mahu bekerjasama lagi dan menarik Charlie pergi dari perpustakaan.

Barisan Pelakon

Jason Dolley sebagai Virgil Fox
Luke Benward sebagai Charlie Tuttle
Nicholas Braun sebagai Zeke Thompson
Chelsea Staub sebagai Stephanie Jameson
J.P. Manoux sebagai Timbalan Pengetua, Stewart Tolkan
Steven R. Mcqueen sebagai Derek Beaugard
Kara Crane sebagai Jeannette Pachelewski
Dexter Darden sebagai Chester
Kellie Cockrell sebagai Jocelyn Lee
Molly Jepson sebagai Amy Fox
Larry Filion sebagai Agen FBI

Lokasi Lakonan
Lokasi lakonan pula adalah di Sekolah Tinggi Murray. Sekolah tinggi ini pernah menjadi set pengambaran bagi filem Take Down (1978), Read It and Weep (2006) dan juga the High School Musical (2006 dan 2008). Selain itu pengambaran juga dijalankan di Sekolah Tinggi Highland di Sugar House. 

Muzik Tunggal

Muzik tunggal pertama bagi filem ini berjudul "Run It Back Again" oleh Corbin Bleu yang dilepaskan ke khalayak umum pada 22 Januari 2008 di Radio Disney Jams, Bil. 10 dan ia merupakan video muzik yang ditayangkan pertama kali di saluran Disney. Yang lain berjudul "Like Whoa" dendangan Aly & AJ ke udara pada 19 Januari 2008 di seluruh dunia sebagai satu lagi video muzik bagi filem ini di saluran Disney. Lagu ini boleh dibeli dengan album, Insomniatic.

Diari Pengasuh


Diari Pengasuh

Oleh Abdullah M. Tannaim


Aku baru menonton sahaja filem ini yang judul bahasa Inggerisnya the Nanny Diaries. Sebenarnya kisah dari filem ini mengingatkan aku dengan diri aku dan sahabat-sahabat aku yang lain. Kisah ini menceritakan tentang seorang gadis berusia 21 tahun bernama Annie Braddock yang baru bergraduasi dari Universiti Negeri Montclair. 

Annie sebenarnya tak mempunyai sebarang wawasan tentang masa depannya kerana dia sebenarnya berminat dengan bidang antropologi tetapi desakan hidup pula menyebabkannya berada dalam dilema untuk memilih kerja yang tidak sama dengan bidang dan kecenderungannya. Semasa dia duduk di taman awam, Annie ternampak seorang budak lelaki berpakaian seragam sekolah hampir dilanggar oleh skuter kecil seorang pengunjung taman. Annie menyelamatkan budak tersebut dan bertemu pula dengan ibu kepada budak tersebut, iaitu Alexandra X. Apabila Annie memperkenal dirinya sebagai Annie, Puan X tersilap dengar perkataan tersebut sebagai Nanny yang bermaksud pengasuh. Jadi dia ingin mengupah Annie menjadi pengasuh untuk anaknya, Grayer. 

Annie terpaksa berbohong kepada ibunya bahawa dia sedang bekerja di sebuah bank sedangkan pada hakikatnya, dia berpindah ke rumah keluarga X bagi menjadi pengasuh kepada Grayer. Kehidupan dengan keluarga X bukanlah seperti yang Annie pernah bayangkan sebelum ini. Hidupnya bertambah berserabut apabila dia terjatuh cinta dengan Harvard Hottie yang tinggal di bangunan apartmen yang sama. Annie kemudian menyedari juga bahawa bukan sahaja Grayer sering diabaikan dalam keluarga X. Sebaliknya, puan X pun sering diabaikan. Encik X mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain dan tidak melayan puan X seperti seorang isteri yang sebenar. 

Lebih menyulitkan keadaan, Annie dipecat oleh puan X atas satu salah faham apabila encik X cuba merabanya di rumah singgah keluarga tersebut. Annie berasa terhina dan marah selepas dipecat. Dia pulang ke apartmen keluarga tersebut dan mencapai kamera pengawasan pengasuh dalam rumah tersebut. Dia merakamkan perasaan sebenarnya terhadap keluarga X. Video tersebut secara tidak sengaja dipasang di perhimpunan isteri-isteri di East-Side. Selepas melihat Annie yang berang mengamuk dalam video berkenaan sikap sambil lewa golongan ibu bapa terhadap anak-anak dan pengasuh mereka, mereka semua berasa simpati terhadap pengasuh-pengasuh mereka.

Beberapa bulan kemudian, Annie bertemu semula dengan Harvie Hottie di sebuah taman dan menerima sepucuk surat dari lelaki tersebut. Surat itu rupanya datang dari puan X yang menceritakan bahawa dia sudah meninggalkan encik X. Dia melalui kehidupan yang biasa sahaja selepas itu dan lebih banyak menghabiskan masa dengan anak lelakinya, Grayer. Penamat cerita ini adalah penamat yang menyenangkan hati selain para penonton mendapat banyak pengajaran daripadanya.

Filem ini dilakon antaranya oleh Scarlet Johansson (Annie Braddock), Chris Evans (Harvie Hottie), Laura Linney (Mrs. X), Paul Giamatti (Mr. X) dan Nicholas Art (Grayer). Filem ini ditayangkan pertama kalinya pada tahun 2007 berdasarkan sebuah novel karangan Emma McLaughlin dan Nicola Kraus. Ia ditulis semula bagi lakon layar dan diarahkan oleh Shari Springer dan Robert Pulcini. Penerbitnya pula adalah Richard N. Gladstein. Bentuk filem ini adalah drama komedi...


Translation Sample #4 - Dark Fourteenth


Dark Fourteenth

Based from real experience as told by Verleus 

This is my first experience I am sharing here; actually this is not my experience, but my cousin's.

We have a day in the Hindu calendar called "Kali Chaudas" (Dark Fouteenth). It proceeds the day of our new year. This is comparable to Halloween, minus the trick treat and many times darker.

There is a community called Tantriks (performers of black magic) in India, known to ward off ghosts, but pretty scary themselves. Well, these Kali Chaudas brought home to us the weirdest thing: I must have been about two years old or so. We were at my cousin's place for the New Year. My cousin sister is four years older than me. She was six at that time.

The Tantriks are known to set off wandering on this day. One of them was wandering outside my cousin's house. We are pretty used to this, so we didn't pay much attention. But he then came outside our door and stood there. We still paid any attention. My sister looked at him and suddenly screamed out loud. He then set off again. But pretty oddly, my sister went off scampering after him. All of us tried to stop her, but to no avail. It was as if she couldn't hear any thing. She just kept saying "I have to go." She seemed to possess so much power, that is was impossible for her to be controlled or stopped even by four fully grown people-her parents and mine. However, they managed to stop her and made her sit down. She continued saying "I have to go" she refused to eat or drink anything. She didn't even recognize us. She spoke nothing except that sentence.

That evening, the elders took her to a sadhu (priest). He told us that she was possessed or cursed. He told us to tie a necklace around her neck, place a sacred thread around her and make her drink holy water for a number of days. After drinking the water she recovered.

She still dreads kali chaudas and never meets eye with a tantrik... If any one knows about black magic, please tell me what this was...

===================================

Neraka Yang Ke-14
Terjemahan ke Bahasa Melayu: Abdullah M. Tanna'im
Berdasarkan Kisah Benar seperti yang diceritakan oleh Verleus

Ini merupakan pengalaman pertama kali saya berkongsi di sini; sebenarnya ia bukan lah pengalaman saya, sebaliknya adalah pengalaman sepupu saya.

Dalam kalender keagamaan Hindu, kami mempunyai satu hari yang dikenali sebagai Kali Chaudas. Ia berterusan selepas hari kami merayakan tahun baru. Ia boleh lah dibandingkan dengan hari Halloween dalam masyarakat Barat, kecuali kami tidak mempunyai memberikan gula-gula kepada kanak-kanak selain ia lebih gelap jika dibandingkan dengan yang di Barat. 

Di India, terdapat satu kelompok masyarakat yang mengamalkan Tantra yang dipercayai menghalau hantu walaupun mereka sendiri pun sebenarnya kelihatan menakutkan. Jadi, peristiwa Kali Chaudas ketika itu memberikan pengalaman yang paling pelik kepada kami. Saya mungkin berusia lingkungan dua tahun ketika itu. Kami merayakan peristiwa Tahun Baru di rumah sepupu kami. Kakak sepupu saya empat tahun lebih tua daripada saya. Usianya ketika itu, enam tahun.

Kelompok pengamal Tantra ini selalu berkeliaran pada malam Kali Chaudas. Seorang daripada mereka ada berkeliaran di luar rumah kakak sepupu saya. Kami sudah agak biasa dengan keadaan itu. Jadi kami tidak mengendahkan hal itu langsung. Tapi, lelaki itu kemudiannya berdiri di hadapan pintu rumah kami. Kami masih buat bodoh saja. Kakak sepupu saya melihat ke arah lelaki tersebut dan dengan tiba-tiba menjerit sekuat hatinya. Lelaki itu beredar dari situ. Yang peliknya, kakak sepupu saya berlari-lari anak pula mengejarnya selepas itu. Semua orang di rumah cuba menahan kakak sepupu, tetapi gagal. Nampak seolah-olah kakak sepupu tidak mendengar suara orang di sekelilingnya. Dia hanya berkata "saya kena pergi". Dia juga nampak seperti lebih kuat daripada biasa, sukar untuk mengawal atau menahannya walaupun ada empat orang dewasa di rumah. Ibu bapa kami berjaya juga menahannya dan menyuruhnya duduk. Dia masih lagi berkata "saya kena pergi" dan enggan makan mahu pun minum. Dia tak kenal kami langsung. Langsung tidak bercakap benda lain selain daripada ayat itu.    

Petang itu, orang tua kami membawanya berjumpa sadhu (tuk sami). Dia memberitahu kami bahawa kakak sama ada dirasuk atau disumpah. Dia menyuruh kami mengikat rantai dari benang suci di sekeliling leher kakak sepupu lalu memberikannya air suci. Kakak mesti minum air suci itu untuk beberapa hari. Selepas minum air itu, baru kakak sepupu pulih semula. Sehingga hari ini, kakak sepupu sangat takut pada hari Kali Chaudas dan tidak berani bertembung mata dengan orang Tantri. Jika sesiapa mengetahui tentang ilmu hitam, tolonglah beritahu saya kenapa kakak sepupu saya jadi begitu?   

* Penulis asal kisah ni walaupun orang Hindu tetapi tidak tahu.... Malam itu adalah malam Neraka Chiturdashi iaitu hari dewi Kali menyembelih setan Narakasura. Ia hari kedua selepas perayaan Dipavali dan sebelah Barat India, orang panggilnya sebagai Kali Choudas. Pengamal Tantra bukan semua orang jahat... Sama macam orang lain...  

Wednesday, March 27, 2013

Khidmat Penterjemahan

Adakah anda menghadapi masalah akibat kekangan bahasa? Nak buat kerja kursus pun susah kerana bahan rujukan dalam bahasa Inggeris? Kami sedia membantu menyampaikan mesej yang anda kehendaki seterusnya menjadikan perhubungan dan kerja anda lebih mudah. 

Kami merupakan pemegang ijazah Terjemahan dan Interpretasi Universiti Sains Malaysia yang menyediakan khidmat terjemahan berkualiti selain menjamin setiap tugasan dikendalikan secara teliti dan berhemah. Kami berpengalaman dalam mengendalikan perlbagai dokumen dan teks berbeza secara profesional, pantas dan tepat.

Kelebihan menggunakan khidmat kami adalah:

1. Kami juga menyunting dan menyemak terjemahan yang dibuat untuk menjamin perkataan yang digunakan tepat serta sesuai.
2. Suntingan oleh penterjemah dan penyunting berpengalaman untuk memelihara gaya bahasa dan nuansa sesuai bertepatan menurut bahan sumber selain memastikan kehendak pelanggan dipenuhi.
3. Kami juga menterjemah dari bahasa Melayu ke bahasa Inggeris dengan pantas dan tepat.

Jenis Dokumen

1. Perundangan
2. Teks-teks agama sama ada Islam, Nasrani, Yahudi, Buddha, dan Hindu
3. Perniagaan dan pengurusan
4. Teks berita
5. Teks akademik
6. Teks teknikal
7. Teks ekonomi dan politik
8. Iklan

Kaedah Penterjemahan Dokumen 
Dokumen yang ingin diterjemahkan boleh lah dihantar melalui mel elektronik kepada atau menghubungi penterjemah-penterjemah sendiri melalui usrapuydante@gmail.com atau shaiihulud@gmail.com.

Kadar Bayaran Khidmat

Kadar bayaran berbeza mengikut faktor:
1. Jumlah perkataan
2. Jenis teks sama ada umum atau khusus yang bersifat teknikal.
3. Masa sama ada segera atau biasa. 
4. Keperluan lain.

Diskaun menurut kepada nilai projek terjemahan. Bahan yang ingin diterjemahkan boleh lah diserahkan melalui pos atau pun emel.

Harga khidmat terjemahan dari 0.20 sen bagi sepatah perkataan sehingga 0.50 sen bergantung kepada jenis dokumen terjemahan dan masa yang dikehendaki oleh pelanggan. Kalau berminat, sila lah hubungi kami.