Showing posts with label sample translation. Show all posts
Showing posts with label sample translation. Show all posts

Monday, April 1, 2013

Translation Sample #4 - Dark Fourteenth


Dark Fourteenth

Based from real experience as told by Verleus 

This is my first experience I am sharing here; actually this is not my experience, but my cousin's.

We have a day in the Hindu calendar called "Kali Chaudas" (Dark Fouteenth). It proceeds the day of our new year. This is comparable to Halloween, minus the trick treat and many times darker.

There is a community called Tantriks (performers of black magic) in India, known to ward off ghosts, but pretty scary themselves. Well, these Kali Chaudas brought home to us the weirdest thing: I must have been about two years old or so. We were at my cousin's place for the New Year. My cousin sister is four years older than me. She was six at that time.

The Tantriks are known to set off wandering on this day. One of them was wandering outside my cousin's house. We are pretty used to this, so we didn't pay much attention. But he then came outside our door and stood there. We still paid any attention. My sister looked at him and suddenly screamed out loud. He then set off again. But pretty oddly, my sister went off scampering after him. All of us tried to stop her, but to no avail. It was as if she couldn't hear any thing. She just kept saying "I have to go." She seemed to possess so much power, that is was impossible for her to be controlled or stopped even by four fully grown people-her parents and mine. However, they managed to stop her and made her sit down. She continued saying "I have to go" she refused to eat or drink anything. She didn't even recognize us. She spoke nothing except that sentence.

That evening, the elders took her to a sadhu (priest). He told us that she was possessed or cursed. He told us to tie a necklace around her neck, place a sacred thread around her and make her drink holy water for a number of days. After drinking the water she recovered.

She still dreads kali chaudas and never meets eye with a tantrik... If any one knows about black magic, please tell me what this was...

===================================

Neraka Yang Ke-14
Terjemahan ke Bahasa Melayu: Abdullah M. Tanna'im
Berdasarkan Kisah Benar seperti yang diceritakan oleh Verleus

Ini merupakan pengalaman pertama kali saya berkongsi di sini; sebenarnya ia bukan lah pengalaman saya, sebaliknya adalah pengalaman sepupu saya.

Dalam kalender keagamaan Hindu, kami mempunyai satu hari yang dikenali sebagai Kali Chaudas. Ia berterusan selepas hari kami merayakan tahun baru. Ia boleh lah dibandingkan dengan hari Halloween dalam masyarakat Barat, kecuali kami tidak mempunyai memberikan gula-gula kepada kanak-kanak selain ia lebih gelap jika dibandingkan dengan yang di Barat. 

Di India, terdapat satu kelompok masyarakat yang mengamalkan Tantra yang dipercayai menghalau hantu walaupun mereka sendiri pun sebenarnya kelihatan menakutkan. Jadi, peristiwa Kali Chaudas ketika itu memberikan pengalaman yang paling pelik kepada kami. Saya mungkin berusia lingkungan dua tahun ketika itu. Kami merayakan peristiwa Tahun Baru di rumah sepupu kami. Kakak sepupu saya empat tahun lebih tua daripada saya. Usianya ketika itu, enam tahun.

Kelompok pengamal Tantra ini selalu berkeliaran pada malam Kali Chaudas. Seorang daripada mereka ada berkeliaran di luar rumah kakak sepupu saya. Kami sudah agak biasa dengan keadaan itu. Jadi kami tidak mengendahkan hal itu langsung. Tapi, lelaki itu kemudiannya berdiri di hadapan pintu rumah kami. Kami masih buat bodoh saja. Kakak sepupu saya melihat ke arah lelaki tersebut dan dengan tiba-tiba menjerit sekuat hatinya. Lelaki itu beredar dari situ. Yang peliknya, kakak sepupu saya berlari-lari anak pula mengejarnya selepas itu. Semua orang di rumah cuba menahan kakak sepupu, tetapi gagal. Nampak seolah-olah kakak sepupu tidak mendengar suara orang di sekelilingnya. Dia hanya berkata "saya kena pergi". Dia juga nampak seperti lebih kuat daripada biasa, sukar untuk mengawal atau menahannya walaupun ada empat orang dewasa di rumah. Ibu bapa kami berjaya juga menahannya dan menyuruhnya duduk. Dia masih lagi berkata "saya kena pergi" dan enggan makan mahu pun minum. Dia tak kenal kami langsung. Langsung tidak bercakap benda lain selain daripada ayat itu.    

Petang itu, orang tua kami membawanya berjumpa sadhu (tuk sami). Dia memberitahu kami bahawa kakak sama ada dirasuk atau disumpah. Dia menyuruh kami mengikat rantai dari benang suci di sekeliling leher kakak sepupu lalu memberikannya air suci. Kakak mesti minum air suci itu untuk beberapa hari. Selepas minum air itu, baru kakak sepupu pulih semula. Sehingga hari ini, kakak sepupu sangat takut pada hari Kali Chaudas dan tidak berani bertembung mata dengan orang Tantri. Jika sesiapa mengetahui tentang ilmu hitam, tolonglah beritahu saya kenapa kakak sepupu saya jadi begitu?   

* Penulis asal kisah ni walaupun orang Hindu tetapi tidak tahu.... Malam itu adalah malam Neraka Chiturdashi iaitu hari dewi Kali menyembelih setan Narakasura. Ia hari kedua selepas perayaan Dipavali dan sebelah Barat India, orang panggilnya sebagai Kali Choudas. Pengamal Tantra bukan semua orang jahat... Sama macam orang lain...  

Translation Sample #3 - Finland has new Israeli-born chief rabbi


Finland has new Israeli-born chief rabbi

Simon Livson hopes to focus on small community's spiritual needs rather than recent controversies.
January 21, 2013, 8:49 p.m

JTA - Simon Livson has been installed as chief rabbi of Finland.

Livson, 30, the Israeli-born son of Finnish immigrants, was officially installed as chief rabbi on Jan. 13, taking over from Rabbi Moshe Edelman. Livson who describes himself as Modern Orthodox, immigrated to Finland in 1989 when his parents returned to their country of origin. He later studied at an Israeli yeshiva and ait the Yeshivat Chovevei Torah Rabbinical School in New York.  

Livson lives in Helsinki with his Israeli-born wife, Sivan Glazer-Livson, and their two-year-old daughter. There are approximately 1,400 Jews in Findland, according to the European Jewish Congress. Livson assumes the position as Finland debates whether to label Israeli products that originate in the West Bank and shortly after a heated national discussion about whether to ban circumcision.

"My position may require more politics than expected of a regular rabbi, but I have no intention of becoming a politician", he said. "I am here to serve the spiritual needs of the community and answer general questions about Judaism, not to debate the the settlements". As for the discussion on circumcision, it has died down in past weeks and I hope this is the calm after the storm".



Finland Mendapat Ketua Rabbi Baru Kelahiran Israel
Terjemahan oleh: Amir Aizat

Simon Livson berharap untuk menumpukan kepada keperluan kerohanian komuniti kecil daripada kontroversi politik.
21 Januari, 2013, 8:49 p.m

JTA - Simon Livson telah dilantik sebagai Ketua Rabbi di Finland. Livson, 30, anak lelaki kepada pendatang Finland kelahiran Israel, dilantik secara rasmi sebagai ketua rabbi pada 13 Januari, mengambil alih jawatan tersebut daripada Rabbi Moshe Edelman. Livson, yang menggambarkan diri sebagai seorang Yahudi Ortodoks Moden, berhijrah ke Finland pada tahun 1989 apabila ibu bapanya kembali ke negara asal mereka. Beliau kemudiannya belajar di sekolah agama untuk pelajar Yahudi Ortodoks Israel dan di Sekolah Kerabbian Yeshivat Chovei Torah di New York. 

Livson tinggal di Helsinki bersama isteri kelahiran Israel beliau, Sivan Glazer-Livson, dan anak perempuan mereka yang berusia dua tahun. Terdapat kira-kira 1,400 orang Yahudi di Finland menurut kepada Kongres Yahudi Eropah. Livson menerima jawatan tersebut ketika Finland sedang dalam perdebatan sama ada untuk melabel produk keluaran Israel yang berasal dari Tebing Barat dan tidak lama selepas perbincangan kebangsaan yang panas tentang sama ada wajar amalan khatan diharamkan.

"Jawatan saya mungkin memerlukan politik dari yang dijangka untuk seorang rabbi yang biasa, tetapi saya tidak berniat untuk menjadi ahli politik", beliau memberitahu JTA. "Saya berada di sini untuk berkhidmat terhadap keperluan kerohanian masyarakat dan menjawab soalan-soalan umum tentang agama Yahudi, bukan untuk berdebat mengenai penyelesaian isu. Mengenai hal perbincangan tentang khatan pula, ia telah pun reda dalam beberapa minggu yang lalu dan saya berharap agar keadaan tenang setelah pergolakan ini".

Teks sumber: Jewish Times, The Times of Israel

Translation Sample #2 - Kisah Seram di Pejabat




Kisah Seram di Pejabat
Pengalaman Seram Aza

Anda selalu tak diganggu jika bekerja lewat malam di pejabat??? Ini pengalaman aku sendiri. Kami selalu terpaksa bekerja lebih masa di pejabat. Kadang-kadang, kami terpaksa bekerja sehingga lewat malam antara jam 10 sehingga jam 12 tengah malam. Selepas itu baru lah pekerjaan lebih masa kami berakhir dan kami keluar dari pejabat. 

Aku selalu mendengar cerita di sekeliling bahawa pejabat aku itu ada hantu. Aku sebenarnya mempercayai hal tersebut tetapi aku malas untuk melayan hal-hal tersebut. Pada suatu hari, semasa aku sedang asyik bekerja, teman sepejabat mengajak aku untuk menemaninya ke tanda. Disebabkan dia takut untuk ke tandas berseorangan, maka aku pun menemaninya. Semasa berada di tandas, aku terdengar bunyi troli bagaikan ditolak oleh seseorang di luar tandas. Aku dapat mendengarnya dengan jelas. Namun aku hanya membatukan diri sahaja. Aku tidak mahu berfikir bukan-bukan. Aku fikir bahawa pasti ada orang sedang membawa barang. Beberapa minit kemudian, teman sepejabat aku pun keluar dari tandas dan kami berjalan untuk pulang ke pejabat. Aku dapati bahawa tiada sesiapa pun di luar. Aku mula berasa sedikit keliru...

Aku menoleh merenung wajah teman sepejabat ku di meja dalam pejabat kami. Dia pun tergamam melihat aku lantas bertanya. "Eh, tadi engkau dengar kan ada orang tolak troli di luar?" Aku hanya mengangguk mengiyakannya tanpa sepatah pun suara. Kami cuma berpura-pura seperti tiada sesuatu pun yang berlaku lalu menyambung kerja-kerja kami. Beberapa minit kemudian, kami mendengar bunyi orang berlari pula dalam pejabat. "Aduh, aku tak ingin melihat pun perkara-perkara yang pelik!" Getus hati ku. Aku berpura-pura seperti tidak mendengar sebarang bunyi pun. Benda itu menjadi semakin berani dan bermain kerusi pula. Aku dapat melihat sendiri kerusi di meja-meja pejabat berpusing dan berbunyi. "Huh, sebiji macam dalam cerita seram di televisyen!!" Aku dan teman pejabat pun apa lagi, kami perlahan-lahan menggapai barang-barang kami... selepas itu berlari lintang pukang dari pejabat!

Perkara yang lebih menyeramkan lagi berlaku, apabila pintu pejabat pula bergerak-gerak. Aku dan teman pejabat sudah pucat lesi. Kami terfikir, mungkin benda itu ingin mempermain kami. Kami terus berlari ke lif. Tetapi, sebelum kami menekan punat lif... Ia menyala dengan sendiri seperti ditekan orang. Kami hanya mampu berdoa supaya jangan ada sebarang benda pelik yang keluar dari lif sekiranya pintu lif terbuka. Pintu lif pun terbuka selepas beberapa minit. Dengan mulut kami terkumat-kamit membaca doa, kami pun memasuki lif dan sampai dengan selamatnya ke lobi tingkat bawah. "Fuh, selamat jugak!!!" Terasa lega apabila kami tidak diganggu oleh "benda" itu semasa berada di dalam lif. 

Walaupun kejadian seram sebegini menimpa kami, namun kami masih lagi gila bekerja. Walaupun diganggu oleh entiti yang tidak kelihatan, namun kami masih bekerja sehingga lewat malam. Mungkin "mereka" marah kerana kami mengganggu "mereka" pada waktu mereka sedang bekerja, huhu.          

English Translation

Ghostly Stories in the Office
An Experience of Aza
Translator: Abdullah M. Tannaim

Do you always being disturbed if you work late at night in the office??? This is my own experience. We always have to work over the time at the office. Sometimes, we would have to work until late night. Up to between 10 or 12 o'clock. After that, we would finish our bundle of works and go home.

I always listen to stories and tales around me where people talk about the ghosts. I do believe in it but I never feel to be bothered by those matters. One day, while I was busy working, my office mate asking me to accompany her to the ladies. I am just following her without any objection because I knew that she might be afraid to go there alone. While in the toilet, I could hear some screeching voice of the trolley being pushed by someone just outside of the toilet. I could clearly hear it. But I pretend that I heard nothing. I did not want my mind to imagine on nonsense thing. I just told myself, might be someone moved the stuffs to the offices in the building. Few minutes later, my office mate finished with her nature call and we walked our way to the office. I was assured that no one was outside, because it seemed like nobody left there except us. I began to feel a little bit confused...  

I looked sharply at my office mate face when we sit at our tables in the office. She was stunned too and she asked me. "Eh, did you hear the sound like a screeching trolley being pushed outside of the toilet?" I just nod my head confirming that I also heard that without making any noise. We just pretend like nothing happened and continuing our works. Few minutes later, we heard the sound of someone is running in the office. "Damn it, I don't want to hear or seeing anything scary!!!" I still pretend like hearing to nothing. That "thing" becoming more mischievous as it begin to play with the chairs. I can see it for myself that those chairs are moving around and making sounds. "It feels just like in a scary movie in the TV!!" I and my office mate can't really stand it no more. Both of us slowly grabbed our stuffs... and running as fast as we can from the office to the elevator!

Another scarier thing happened to us when the doors of our office are moving like someone is there. Our face turned pale. We just thought that the "thing" is trying to play around with us. We're just heading to the elevator but before we touched the button, it light turns on on its own as if someone were pressing it. We're just praying may no scary "things" come out from the elevator if the doors opened. The doors opened after few minutes waiting and with our mouths chanting holy words; we just stepped into the elevator. We arrived safely at the ground level's lobby. "Finally, we're safe!!!" I feel relieved since we're not disturbed by the "thing" inside the elevator.   

Although such a scary incident happened to us, but we still are workaholic. Though being disturbed by the paranormal entity, but we still are working late at night. Maybe they're just offended as we're disturbing "them" while they are at their working hours, huhu.

Translation Sample - The Sound of the Aurora



The Sound of the Aurora

Article #300 • written by Richard Solensky

Aurora over Bear Lake, Alaska

If you happen to be reasonably close to one of the Earth's magnetic poles, the next time there’s a particularly intense aurora, go outside. Get as far as you can from sources of noise – traffic, barking dogs, TVs – and listen. Listen carefully.

If conditions are right, you may hear some unusual noises. Earwitnesses have said the sound is like radio static, a small animal rustling through dry grass and leaves, or the crinkling of a cellophane wrapper. Inuit folklore says it's the sound of the spirits of the dead, either playing a game or trying to communicate with the living.

It’s the sound of the aurora itself. And the cause is currently unknown. Understanding the phenomenon is made more difficult by the fact that though there are many anecdotal reports, the sound has yet to be recorded.

article source: damn interesting

Terjemahan ke bahasa Melayu

Bunyi Aurora
Sample Translation by Amir Aizat

Jika anda berada berhampiran dengan salah satu medan magnetik Bumi, di lain masa berlakunya aurora yang mengasyikkan, pergi ke luar. Pergi sejauh mungkin daripada sumber bunyi bising – kesesakan, salakan anjing, televisyen – dan dengar. Dengar baik-baik.

Sekiranya keadaan adalah elok, anda mungkin mendengar bunyi-bising yang luar biasa. Saksi yang pernah mendengarnya berkata bahawa bunyinya seperti radio statik, haiwan kecil bergerisik menerusi rumput dan dedaun kering, atau bunyi renyuk pita selofon. Cerita rakyat masyarakat Eskimo di Amerika Utara mengatakan ianya adalah bunyi roh orang mati, sama ada bermain permainan atau cuba untuk berkomunikasi dengan benda hidup.

Ia adalah bunyi Aurora itu sendiri. Dan puncanya pada masa kini tidak diketahui. Lebih sukar untuk memahami fenomena tersebut dengan adanya fakta walaupun terdapat banyak laporan benar, bunyi itu belum lagi dapat dirakam.

punca rencana: damn interesting