Showing posts with label buku. Show all posts
Showing posts with label buku. Show all posts

Monday, April 15, 2013

Ilustrasi Buku

Ilustrasi Argycle Academy

Katalah yang kita hendak menulis buku kanak-kanak dan perlukan ilustrasi yang baik. Bagaimanakah caranya untuk hal ini? 

1. Kenal pasti jenis ilustrasi dan masa yang diperlukan untuk penulisan buku anda. 

Anda mungkin hendak buat sedikit kajian untuk pelbagai jenis seni. Ini akan membantu anda untuk memikirkan tentang ilustrasi yang diperlukan untuk buku anda. Tanya diri sendiri, berapa lama masa yang diambil pula untuk ini? Masa sangat penting bila sampai kepada hal memadankan ilustrasi bagi buku anda itu. Kalau masa untuk hal ini banyak, mungkin anda perlu buat kajian dalam tempoh itu untuk pembaca lihat sendiri keadaan mood buku itu.

2. Pilih sekurangnya tiga lukisan yang paling disukai anda. 

Fikirkan tentang ketiga-tiga lukisan terbaik yang diasingkan ini. Yang ini nanti akan dimuatkan dalam buku anda. Ingat juga, anda cuma mencari jenis-jenis lukisan dan bukannya melukis sendiri!

3. Lepas pilih jenis gaya seni yang anda mahu untuk buku anda, tentukan sama ada hendak lukis sendiri atau suruh orang lain lukis.

Jika anda nak lukis sendiri, jangan paksa diri anda bila lukisan anda hasilkan itu tak lawa. Melukis ini mengambil masa. Pelukis dan juga pencatan terkenal pun membuat kesilapan dalam karya seni mereka. Sebaik sahaja karya utama anda selesai dilakar, anda mungkin akan dapat mencari cara sendiri tentang bagaimana hendak mewarnainya. Guna warna yang membangkitkan semangat bagi menarik perhatian pembaca kalau buku itu adalah buku cerita dongeng atau buku dengan cerita yang menyenangkan hati. Jika ia cerita genre misteri, contoh macam cerita Sherlock Holmes, maka dicadangkan anda jangan warnakan langsung karya seni anda. 

4. Jika anda dah tentukan orang untuk buat karya seni bagi anda, cuba buat sedikit lagi kajian. 

Maksudnya, anda kena mencari artis yang memang mengkhusus dalam genre seni yang anda mahu. Setengah artis tu memang berkemahiran dalam jenis lukisan tertentu. Contohnya, jika artis itu banyak buat lukisan pastel, maka kemahiran dia itu adalah dalam pastel. Kalau anda mencari artis itu, pastikan dia berkemahiran untuk jenis lukisan yang anda mahu. Lihat kepada karya-karya mereka sebelum mengupah mereka.

5. Bila dah jumpa artis itu, cuba email tanyakannya sama ada dia boleh buat atau tidak lukisan itu.

Jika mereka boleh buat, cuba beritahukan ilustrasi macam mana anda mahu. Cuba gambarkan sebaik mungkin. Untuk yang ini sediakanlah wang.

Syarikat Penerbitan di Rumah

Oleh Carmen Monteiro
Terjemahan A. M. T.


Ramai pembaca tegar pada satu masanya, atau pada ketika yang lain ingat bahawa satu buah fikiran dari sebuah buku itu kemungkinannnya boleh dijadikan sebagai barang jualan yang hebat. Namun, fikiran tentang perancangan penulisan buku serta meyakinkan penerbit yang bereputasi tinggi nampaknya boleh jadi sesuatu yang meletihkan.

Walau bagaimanapun, segalanya itu berbaloi dengan pelaburan masa dan kerja keras yang dikerahkan. Membuka penerbitan sendiri di rumah pastinya akan memerlukan sedikit usaha. Dengan rumah-rumah penerbitan tradisional mula hilang dari pandangan mata kerana kaedah penerbitan yang alternatif, misalnya kaedah cetakan apabila terdapat permintaan sahaja, maka penerbitan sendiri di rumah boleh memenuhi permintaan di pasaran yang baru sahaja berkembang ini.  

Langkah-Langkah

1. Drafkan perancangan awalan untuk tindakan dan pelan bisnes yang mudah difahami tentang bagaimana kerja anda akan dimulakan. Gariskan matlamat dan tujuan anda serta berikan satu gambaran tentang syarikat anda. Masukkan juga bahagian strategi kewangan dan jangkaan-jangkaan mengenai bisnes anda, pelan pemasaran, letak harga dan sumber-sumber untuk usaha penerbitan anda sendiri. Guna pelan tersebut sebagai senarai periksa bagi semua benda yang diperlukan anda untuk terus berada di landasan tersebut.

2. Dapatkan lesen perniagaan dan permit di majlis perbandaran anda menurut kepada perundangan di negeri atau negara anda. Pilih nama bagi bisnes anda dan daftar perniagaan anda. Contohnya, sebagai satu-satunya pemilik perniagaan, liabiliti terhad syarikat atau perbadanan. Dapatkan lesen perniagaan dari negeri anda dan masukkan sekali permit-permit bandaran. Periksa perundangan zon tertentu dalam kawasan anda jika anda bercadang untuk bertemu dengan penulis-penulis berpotensi, pengedar buku atau pun klien-klien di syarikat penerbitan rumah anda.

3. Beli barang kelengkapan, perisian dan bekalan-bekalan bagi memulakan syarikat penerbitan baru anda. Pilih kelengkapan komputer yang akan menyediakan memori mencukupi untuk anda, ruangan pemacu keras dan kelajuan internet yang sesuai. Pasang juga perisian memproses kata, layout muka surat dan perisian rekabentuk grafik dan program-program komputer yang akan membantu anda untuk menjalankan tugasan seperti merekacipta logo syarikat, simpanan buku, invois dan gaji. Beli seblok Nombor-Nombor Buku Piawaian Antarabangsa dan gunapakai pada buku terbitan anda.

4. Pilih pembekal perkhidmatan internet bagi menjalan tugasan atas talian anda. Pilihlah talian internet yang berkelajuan tinggi dengan penyokong tenaga bagi memastikan anda boleh menghantar atau menerima teks-teks berukuran besar dan fail-fail bergrafik. Langkah ini penting dalam kemampuan anda untuk menyebar melalui File Transfer Protokol kepada pencetak, peruncit dan penulis buku semasa proses menerbitkan bahan. 

5. Rekrutlah pekerja menerusi laman-laman orang mengambil upah bebas secara talian. Buat kontrak dengan kakitangan sokongan yang berkelayakan yang anda perlukan bagi menghasilkan produk berkualiti di syarikat penerbitan rumah anda. Antaranya seperti, penulis, penyunting, pembaca proof, pereka grafik dan orang-orang yang terlibat dalam jualan dan pemasaran. Mengkontrakkan perkhidmatan-perkhidmatan ini dari awal boleh mengurangkan modal permulaan dan juga membolehkan anda bergerak sebagai penerbit penuh.

6. Kenalpasti pencetak-pencetak untuk menjalankan kerja-kerja mencetak lot yang kecil atau besar. Seeloknya anda kena ada beberapa jenis pencetak bagi memenuhi keperluan mencetak yang pelbagai. Sesetengah pencetak membekalkan kadar terbaik dengan kuantiti cetakan banyak sementara yang lain tiada kelengkapan untuk membuat ikatan buku yang khas. Mesin cetak pelbagai jenis yang dihubungkan sesama sendiri memudahkan anda memilih untuk mencetak buku-buku pelbagai ukuran.

7. Dapatkan tajuk-tajuk dari para penulis. Poskan minat anda untuk tajuk-tajuk baru di laman sesawang penulis bebas, dari kolej-kolej, kedai buku atau kelab-kelab kesusasteraan. Lihat genre dari tajuk yang anda ingin terbitkan dulu, misalnya genre fiksyen, bukan fiksyen, keagamaan atau pun biografi. Pastikan anda mempunyai beberapa orang pengulas buku bagi membantu anda membaca manuskrip-manuskrip yang dihantar dan pilihlah yang memenuhi kriteria yang ditetapkan anda untuk penerbitan anda.

Tips

1. Bersedia buat borang 1099 untuk pekerja kontrak anda setiap hujung tahun.

2. Sediakan piawaian gaya untuk syarikat penerbitan anda bagi keselarasan.

3. Ingat jangan lupa mendaftar buku-buku terbitan anda dengan Pejabat Hak Cipta di negara anda.

4. Upah penulis bebas untuk menulis buku yang anda ingin terbitkan bagi syarikat anda.

Amaran

1. Minta penulis bebas anda tandatangani mou berkaitan plagiat dan meletakkan rujukan menurut sistem yang ada.

2. Periksa semua manuskrip menerusi laman sesawang yang mengesan plagiat sebelum menerimanya daripada penulis atau penulis bebas.

Monday, April 1, 2013

Mostly Ghostly: Siapa yang Lepaskan Hantu Keluar?

Oleh Abdullah M. Tannaim

Mostly Ghostly: Who Let the Ghosts Out? merupakan sebuah filem fantasi seram dan komedi berdasarkan siri-siri buku yang ditulis oleh R. L. Stine dari siri buku Goosebumps. Ia dilepaskan kepada umum pada 30 September 2008 dalam bentuk DVD. Tayangan perdananya di Saluran Disney pada 11 Oktober 2008. Ia dimainkan semula setiap bulan Oktober di Saluran Disney sebagai sebahagian daripada rancangan bertemakan hari Halloween. Selain itu, ia juga dimainkan lagi di Disney XD. Filem ini ditayangkan di Saluran Disney pada tahun itu sebahagian daripada "Perayaan Wiz-Tober". 

Jalan Cerita

Max Doyle ialah seorang kanak-kanak berusia 11 tahun yang berminat dengan persembahan magik. Hal ini menyebabkan bapanya kecewa dan dia turut diperli-perli oleh abang sulungnya, Colin. Semasa membasuh di tingkat bawah tanah, Max ada terdengar suara-suara. Dia memeriksa punca bunyi suara tersebut dan mendapati ada tangan keluar dari dinding. Rupanya di belakang dinding tersebut ada terowong yang memenjarakan Phears yang jahat dan kader-kader hantunya.

Phears berniat untuk melepaskan dirinya dan pengikutnya daripada dinding tersebut. Mereka hanya boleh keluar dari dunia hantu dan tinggal di dunia manusia hanya pada hari Halloween sahaja. Kemudian, Max bertemu dengan dua orang anak hantu bernama Nicky dan Tara Roland. Mereka tiba-tiba sahaja menghuni bilik Max. Mereka menerangkan kepada Max bahawa mereka memerlukan bantuannya untuk mengetahui tentang siapakah diri mereka, bagaimana mereka bertukar menjadi hantu dan apakah yang terjadi kepada ibu bapa mereka.

Walaupun mereka tidak kelihatan di mata orang lain, tetapi Max boleh melihat dan anak-anak hantu itu pula boleh berhubung dengan benda-benda di dunia fizikal. Hal ini membolehkan mereka menakutkan seorang budak yang sering membuli Max di sekolah. Tidak lama kemudian, Tara dan Nicky mengetahui bahawa Phears yang membunuh ibu bapa mereka dan kini ibu bapa mereka ditahan oleh hantu tersebut. Semasa latihan pertunjukan Magik Max, Tara ditangkap oleh Phears.

Max memberitahu Nicky akan hal ini dan mencadangkan supaya Nicky membuangnya ke dalam terowong bawah tanah untuk mencari Tara. Sama halnya dengan kebanyakan orang tidak nampak hantu, hantu juga tidak nampak manusia di dunia mereka. Max mendapatkan sebuah kotak dari Tara. Kotak tersebut mengandungi sebentuk cincin yang digunakan untuk menewaskan hantu-hantu jahat. Walau bagaimanapun, Phears menghalang Tara sebelum dia melarikan diri dengan Max. Traci, seorang gadis yang disukai oleh Max menjadi pembantunya dalam pertunjukan magiknya. Mereka membuat persembahan dengan bantuan Nicky yang menggerakkan barang-barang di udara. Jadi orang ramai nampak seolah-olah ia adalah sesuatu yang magik.      

Pada hari Halloween, Phears muncul dan akhirnya memecahkan terowong dinding tersebut. Phears merosakkan pertunjukan magik yang dipersembahkan oleh Max. Di situ juga, Max membaca jampi "Dari cahaya turunnya kegelapan di bumi, pulanglah ia kepada tempat bergantungnya, apabila tangan menunjuk kepada langit disinari sang rembulan, pada ketika 31 Oktober matinya kegelapan". Serentak dengan itu, Phears dan pengikut-pengikutnya dihantar ke kedalaman bumi. Tapi pada penghujung cerita, kelihatan bahawa Phears sebenarnya terlepas kerana dia menjelma menjadi seekor lipas apabila orang lain tidak melihatnya.  

Barisan Pelakon

Sterling Beaumon sebagai Max Doyle
Madison Pettis sebagai Tara Roland
Luke Benward sebagai Nicky
Brian Stepanek sebagai Phears 
Ali Lohan sebagai Traci Walker